Restoran Kegemaran

Assalamualaikum pembaca semua.. Semalam kita bercerita tentang Homemade Resipi, hari ni saya nak bercerita tentang Restoran Kegemaran saya pula. Kot2 boleh jadi panduan mana nak pegi makan luar pasni terutamanya bagi yang tinggal di Ipoh.

Sepanjang preggy no 3 ni saya asyik ngidam nak makan steamboat je. Rasa tak puas2 nak makan steamboat. So boleh lah dikatakan restoran kegemaran saya untuk kali ni saya pilih Restoran Shabu Shabu di Jalan Sultan Azlan Shah, bersebelahan Hotel Casuarina.

Sebuah restoran yang bersih, luas kerana terdapat ruang makan bahagian dalam juga luar (open air) dan juga ruang parkir kenderaan yang besar. Pekerja juga ramai, so memang sentiasa boleh memberi layanan jika diminta.

Dalam banyak2 restoran steamboat, Shabu Shabu merupakan restoran steamboat yang paling banyak menghidangkan makanan sama ada makanan siap masak atau bahan mentah untuk steamboat & gril.

Makanan siap masak seperti spageti, nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, pau, kuih muih dan pelbagai jenis pencuci mulut serta buah-buahan.

Makanan laut pula adalah seperti ketam, udang, kerang, lala, lokan, kepah dan banyak lagi. Terdapat juga ayam, pelbagai jenis ikan serta daging. Sayuran-sayuran yang pelbagai je is termasuk pslbagai cendawan. Juga mee dan bihun. Pilihan kuah steamboat juga banyak iaitu tomyam, sup ayam dan juga sup tulang. Air pula memang free flow dari soft drink, minuman panas sehinggalah ais kacang.

So memang berbaloi sangat bayar seorang RM30+ bagi dewasa. So siapa2 yang tak pernah ke Shabu Shabu boleh cuba pergi ye!






No comments:

Post a Comment