Assalamualaikum... Lama betul saya tak update blog sejak preggy anak ketiga ni. Dah nak masuk 33 minggu dah pun usia kandungan saya. Banyak benda nak share sebenarnya tentang pengalaman mengandung kali ni. Tetapi disebabkan kesibukan kerja di pejabat juga sibuk menguruskan puteri lagi dua orang di rumah ni, terpaksa slow kan sikit penulisan blog. Alasan je tu kan.. kihkih.. Nanti saya share satu persatu pengalaman preggy saya ye.
Kali ni saya nak bercerita tentang 3 fakta menarik tentang diri saya. (ada ke yang menarik tentang diri saya ni? hehe..) Macam pelik je tajuk entry kali ni kan? Sebab dah lama tak update blog. So ni baru nk ambil semangat menulis balik. Okay jom kita tengok apa yang menarik tentang diri saya a.k.a Lia Sakura ni! Jeng..jeng..jeng..!
Fakta Menarik No 1 - Saya memakai kasut saiz 3!
Haaa.. Memang kaki saya kecil sangat. Ketinggian saya 150cm dan berat normal kalau tak preggy 45kg. Tapi kaki saya memang kecil berbanding rakan-rakan yang mempunyai ketinggian dan berat yang hampir sama. Kadang-kadang tu saiz 3 pun masih longgar tau! Jenuh nak beli kasut. Selalu saya beli kasut di Vincci je la. Vincci je selalu ada saiz 3.
Fakta Menarik No 2 - Saya suka bau ubat.
Saya memang suka sekali bau ubat-ubatan. Kalau pergi hospital or klinik tu memang semerbak je rasa bau ubat. Nyaman je saya rasa. Kebanyakkan orang tak suka bau ubat smpai nak telan ubat pun tak boleh sebab bau ubat tu kan? Contoh macam B Complex tu kan ramai yang tak tahan dengan baunya, tapi saya suka gile bau tu tau! Kenapa la saya tak mintak kerja di farmasi ye? Hehehehhe...
Fakta Menarik No 3 - Wajah seiras artis.
Wowww..!!! Jangan marah ye.. Bukan saya cakap tapi orang yang cakap. Seringkali wajah saya disamakan dengan beberapa artis terkemuka gitu. Selalunya kalau saya mekap cun-cun la. Kalau tengah comot tu memang rupa asli Lia Sakura. Yang paling kerap disamakan adalah Maya Karin, Fasha Sandha dan Datin Norjuma. Sampai ada yang nak bergambar dengn saya sebab wajah seiras artis tau.
No comments:
Post a Comment