Okay untuk mandian pula sebaik-baiknya mandi dengan air rebudan daun-daun herba. Antara daun herba tersebut ialah seperti daun inai, pandan, serai wangi, sireh, halia dan sebagainya. Dalam daun-daun ini mengandungi khasiat untuk membantu para ibu lepas bersalin. Antara khasiatnya termasuklah melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak, membuang angin, memanaskan badan dan juga menyegarkan badan disamping baunya yang harum membantu menghindari bau darah nifas.
Mana nak cari daun-daun ni semua? Dah la pantang sendiri. Duduk di bandar pula tu. Kat pasar pun belum tentu ada jual.
Haa di sini la saya nak ajar ibu semua mandian herba yang mudah. Tak perlu petik daun, tak perlu rebus dalam periuk besar dan tak akan bersepah daun di bilik air.
Saya mandi dengan mandian herba paling kurang 2 minggu selepas bersalin. Mandi herba setiap hari tau. Saya guna mandian herba yang terdapat di pasaran. Antara jenama yang saya gunakan ialah mandian herba TYT dan juga mandian herba Anugerah.
Tapi sebenarnya banyak lagi mandian herba yang ada dijual di pasaran. Rambang nata dibuatnya. Harga pun berbeza ikut kemampuan masing-masing. Saya beli mandian herba TYT di farmasi Guardian ketika jualan murah dengan harga hanya RM5! Terlajak murah tau. Terus grab 10 kotak. Puas hati.
Caranya pula ialah saya hanya masukkan uncang mandian herba ke dalam kettle atau pemanas air.
Saya memang beli kettle baru khas untuk kegunaan saya dalam pantang. Beli je kettle murah sebab nak guna sekejap je kn. Saya beli kettle jenama tempatan dengan harga RM29 je di pasaraya Angsana Ipoh. Buat 2x rebusan. Sebab kettle hanya muat 1.7liter. So rebus uncang 2x dan anda akan dapat air rebusan yang lebih pekat. Mudah bukan. Tak payah periuk besar nanti siapa nak tolong angkat.
So ibu-ibu yang berpantang sendiri boleh menikmati mandian herba tanpa perlu bersusah cari daun. Tak susah pun berpantang sendiri ni kan.
Vitamin lepas bersalin jangan lupa ambil ye. Baru la badan sihat cergas, tak mudah stress dan tak mudah pening.
Hubungi saya di 018-5776940 untuk dapatkan set bersalin Shaklee.
No comments:
Post a Comment