Ibu dalam pantang mesti akan lalui tempoh kulit muka yang kusam. Sama ada berpantang sendiri atau ada yang menjaga namun kulit muka yang kusam memang susah nak elak. Kenapa boleh jadi macam ni?
Ibu baru lepas melahirkan bayi kehilangan banyak darah ketika proses bersalin. Selain dari itu, proses melahirkan iaitu meneran bayi keluar dari rahim memerlukan banyak tenaga. Muka yang kusam berpunca dari kehilangan banyak darah dan tenaga sepanjang proses kelahiran. Sakit bersalin atau kontraksi pula amat menyakitkan. Sampai ada yang mampu membengkokkan besi katil ketika menahan sakit bersalin. Gabungan sakit ini yang membuatkan wajah ibu kusam kerana keletihan dan kekurangan nutrisi.
Setelah selesai proses kelahiran, ibu yang pulang ke rumah bakal berdepan cabaran yang lain pula. Antaranya bayi yang meragam. Tambahan pula bayi yang meragam di waktu malam. Selalu sangat terjadi kepada bayi baru lahir. Kadang-kadang dah nak hampir subuh baru bayi nak tidur. Proses penyusuan susu ibu juga menuntut pengorbanan ibu untuk berjaga malam. Penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan ibu kehilangan nutrisi kerana segala zat dan nutrien dari badan ibu telah disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Tak cukup dengan itu, ibu juga perlu menjaga luka jahitan atau luka pembedahan yang mengambil masa untuk sembuh.
Alahai kesiannya kalau difikirkan pengorbanan dan jerit perih ibu lepas bersalin. Masa hamil pun dah susah melayan alah ibu mengandung dan terpaksa bawa perut yang besar. Tapi jangan risau. Anda boleh menikmati tempoh berpantang yang tenang jika anda tahu caranya.
Pengalaman di atas saya alami ketika saya melahirkan bayi pertama saya pada tahun 2010. Muka kusam dan rambut gugur dengan banyaknya. Kepala selalu pening dan badan susut sampai muka cengkung. Ramai tegur saya dah tak cantik lepas naik kerja setelah habis cuti bersalin. Haihh.
Namun untuk kelahiran kedua dan seterusnya kini saya sedang berpantang anak keempat, alhamdulillah badan saya cergas. Saya tiada lagi masalah pening, lesu dan keguguran rambut walaupun rambut saya panjang ke paras pinggang.
Ini semua penangan set berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, B Complex, Zinc Complex, Vitalea, Ostematrix dan juga ESP.
Walaupun saya berpantang sendiri dan perlu menjaga 3 orang lagi anak yang lain namun saya tetap cergas. Boleh bangun malam dengan mudah untuk susukan bayi dan tidak lesu apabila bangun pagi keesokan harinya. Dan yang penting muka saya tidak kusam. Malah saya pernah ditegur oleh seorang kenalan yang mengatakan saya nampak sihat walaupun baru seminggu selepas melahirkan bayi. Boleh dikatakan saya tak nampak macam ibu dalam pantang kalau saya tak berkain batik dan berstokin.
Dalam set berpantang shaklee mengandungi cukup keperluan zat dan nutrien untuk anda. Vitamin C dan Zinc akan membantu memulihkan luka bersalin dengan cepat. B Complex mengurangkan dan mengelakkan stress kepada ibu dalam pantang. Gabungan B Complex dan Vitalea akan memberi tenaga untuk ibu walaupun kekurangan tidur. Manakala Ostematrix memastikan keperluan kalsium yang cukup buat ibu dan bayi serta memastikan ibu mendapat tidur yang lena walaupun tempoh tidurnya singkat! Akhir sekali ESP tentunya untuk kebaikan susu ibu disamping memastikan kulit ibu kembali tegang dan memudarkan strechmark ibu. Badan yang sihat akan terpancar di wajah ibu. Ibu tidak akan berwajah kusam kerana dalaman ibu sangat sihat. Tambahan pula Vitamin C dan B Complex merupakan set vitamin untuk kecantikan kulit. Manakala ESP membantu mencerahkan dan menggebukan kulit. Nanti dah habis pantang jangan terkejut kalau ada yang puji muka berseri-seri, badan pula langsing dan tidak gelebeh.
Jika anda sedang mencari set berpantang sila hubungi saya di 018-5776940 untuk mendapatkan set berpantang shaklee. Selamat untuk bayi jaundice dan tahan sehingga 6 bulan.
No comments:
Post a Comment