Untuk tips berpantang kali ni saya nak cerita tentang keperluan berbengkung ketika dalam pantang.
Saya berpantang sendiri untuk tiga anak saya. Anak pertama je saya berpantang di rumah mak. Tapi bengkung tetap saya yang pakai sendiri, bukan mak yang pakaikan.
Bidan akan datang ke rumah untuk urut dan ajar saya ikat bengkung. Hari seterusnya saya akan ikat sendiri. Saya berbengkung siang dan malam selama 44 hari. Bukan rajin atau nak cantik tapi juga kerana bidan berpesan, selepas melahirkan bayi, rahim kita masih belum duduk elok di tempatnya. Jika tidak berbengkung, rahim mudah lari kedudukannya dan itu punca terjadi rahim jatuh dan sebagainya. Rahim yang tidak sihat akan memberi kesan kepada kesihatan badan keseluruhannya. Muka ibu lepas bersalin pun akan jelas kelihatan suram jika rahimnya tidak sihat.
Anda berpantang sendiri dan melakukan kerja rumah oleh itu wajib berbengkung. Supaya rahim akan duduk kemas di kedudukannya ketika anda bergerak. Bak kata bidan saya, engkau ikat perut engkau kemas-kemas kemudian buatlah kerja rumah yang mampu. InsyaAllah engkau sihat kerana rahim engkau terjaga rapi.
Untuk pastikan anda sentiasa cergas jangan lupa ambil set berpantang shaklee. Boleh diambil bermula dari hari pertama lepas bersalin. Tidak mengganggu bayi jaundice dan tidak panas kepada ibu dan bayi.
Sila hubungi saya untuk pembelian set berpantang shaklee di 018-5776940.
No comments:
Post a Comment