Tips Memilih Baju Bayi Baru Lahir

Banyak perkara yang perlu dititikberatkan ketika memilih baju untuk bayi anda yang bakal dilahirkan kelak. Ibu-ibu mesti teruja ketika membeli pakaian bayi untuk pertama kalinya. Namun perlu diingat, bayi yang baru lahir memerlukan pakaian yang betul-betul selesa dan dapat melindungi mereka dari sebarang iritasi sepanjang mereka memakainya.

Jangan nanti bayi anda meragam kerana tidak selesa dengan pakaian mereka. Ibu yang dalam pantang memerlukan rehat yang cukup. Bayi yang meragam akan menyukarkan ibu untuk menjalani tempoh berpantang.

Berikut adalah antara tips atau petua pemilihan baju bayi baru lahir.

1)  Cari baju dari jenis kapas atau cotton. Kain dari jenis kapas akan mudah menyerap peluh serta tidak panas berbanding kain dari jenis sintitek. Anda boleh baca label pada baju untuk mengetahui material pakaian bayi.

2)  Beli baju dengan saiz yang agak besar. Bayi akan mengalami pembesaran yang sangat pesat. Elakkan membeli pakaian yang terlalu kecil.

3)  Membeli pakaian dengan pelbagai saiz. Walaupun doktor telah memberi gambaran saiz bayi anda nanti sama besar atau kecil, anda dinasihatkan untuk membeli pakaian bayi dengan pelbagai saiz. Tempoh berpantang menghalang anda untuk keluar membeli-belah. Oleh itu, pastikan anda membeli baju bayo dari pelbagai saiz utuk mengelakkan pakaian bayi anda terlalu ketat atau longgar.

4)  Membeli pakaian bayi yang mudah dibuka atau di sarungkan. Iaitu mempunyai butang atau kancing di bahagian depan, tepi atau tengah. Elakkan pakaian bayi yang perlu disarungkan melalui kepala.

5)  Elakkan dari membeli pakaian bayi yang mempunyai perhiasan kerana dikhuatiri bayi akan tercekik apabila cuba menggigitnya.

6)  Pastikan pinggang atau lengan kaki dan baju bayi tidak terlampau ketat. Getah yang terlampau ketat boleh membuatkan kulit bayi yang halus melecet dengan mudah.




No comments:

Post a Comment