Posisi Tidur Bayi Yang Terbaik


Sebenarnya entry kali ni bukanlah saya ingin memberi cadangan posisi tidur bayi yang terbaik. Tapi akan akan terangkan pro dan con nye sesuatu posisi tidur bayi itu. Dari segi biologi, fitrah manusia dan juga petua orang lama.


Tidur terlentang paling selalu buat bayi. Tidur terlentang mengurangkan masalah kematian secara tiba-tiba sebanyak 50%. Namun tidur terlentang membuat bayi mudah terkejut. Oleh itu pastikan anda bedung bayi supaya bayi merasa seolah-olah dipeluk.


Tidur mengiring bagus buat bayi. Ini mengelakkan kepala bayi terletak pada satu posisi sahaja. Jika bayi akan dibiarkan tidur terlentang terlalu lama, tengkorak kepala bayi boleh menjadi leper sedikit. Oleh itu ngiringkan bayi anda sekali sekala ke kiri dan juga ke kanan.

Ada juga pendapat mengatakan tidur mengiring dapat menyalurkan darah serta oksigen dengan lebih banyak ke dalam otak kerana otak kita terbahagi kepada dua bahahian iaitu kiri dan kanan.

Tidur mengiring juga boleh mengelakkan bayi tercekik susu jika mereka tersedak. Bayi yang tidur mengiring mudah mengalirakn lebihan susu jika mereka dalam posisi mengiring.


Tidur meniarap dikatakan dapat memberikan tidur yang lebih lena dan lebih lama buat bayi. Namun anada perlu sentiasa memantau bayi anda yang tidur meniarap kerana khuatir bayi lemas. Bayi mungkin tidak sedar telah menagkupkan hidung mereka ke bantal. Ini menyebabkan mereka sukar bernafas dan boleh menjadi lemas. Pastikan bayi anda yang tidur meniarap posisi kepala mereka mengiring sedikit untuk proses pernafasa.

Apa saja posisi tidur bayi anda, pastikan anda sentiasa memantau mereka setiap masa. Bayi tengah tidur pun kena tengok selalu ye. Tak boleh dibiarkan terus. Bak kata seorang doktor yang pernah saya junpa, kadang-kadang bayi ni terlupa nak bernafas. So parents kena selalu teliti keadaan bayi mereka.

Comel sungguh kan bayi ni. Comel lagi fragile. Kena jaga dengan penuh teliti dan lemah lembut.

1 comment:

  1. ||MBO128 Satu Akun semua jenis Game ||


    Game Populer:
    =>>Sabung Ayam S1288, SV388
    =>>Sportsbook,
    =>>Casino Online,
    =>>Togel Online,
    =>>Bola Tangkas
    =>>Slots Games, Tembak Ikan, Casino
    Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang Tunai
    || Online Membantu 24 Jam
    || 100% Bebas dari BOT
    || Kemudahan Melakukan Transaksi di Bank Besar Suluruh INDONESIA

    Pakai Pulsa Tanpa Potongan
    Juga Pakai(OVO, Dana, LinkAja, GoPay)
    Support Semua Bank Lokal & Daerah Indonesia

    WhastApp : 0852-2255-5128
    Agens128 & MBO128

    ReplyDelete