Alamak... kepala puteri sulong saya ni ada kutu la pulakkk.. Masa sikat rambut Balqish lepas mandi petang tadi, tengok-tengok macam ada benda putih kecil je. Hati ni dah rasa lain macam dah. Al maklumlah, rambut Balqish ni panjang sangat. Risau jugak kalau ada kutu.
So kita cek punya cek, belek punya belek and memang confirm benda putih tu ialah telur kutu. Ada dalam 20 butir jugak yang saya nampak dan buang tadi. Hadoi ni yang susah hati mak ni.
Hari dah lewat petang so saya decide nak pegi klinik esok pagi je lah. Nak suruh doktor tengokkan kepala Balqish ni. Ni first time saya handle kutu kepala anak.
Sebenarnya ada beberapa petua mudah untuk buang kutu di kepala. Antara yang saya tahu ialah dengan bawang putih.
Tumbuk-tumbuk bawang putih dan lumurkan ke seluruh kepala serta rambut anak. Tutup kepala dengan tuala lembap selama sejam. Kemudian bukak tuala kita dapat lihat kutu mati di tuala. Kemudian boleh cuci rambut.
Ada juga petua yang mengatakan lumur rambut dengan minyak rambut atau minyak apa-apa. Ini untuk menyukarkan kutu daripada memanjat rambut dan pergi ke kulit kepala. Kutu yang berada di atas kulit kepala boleh menghisap darah dari kulit kepala dan boleh menyebabkan anak mendapat sakit kepala.
Dan cara paling mudah dan disyorkan ialah menggunakan syampo anti kutu atau Shampoo A-Lice yang boleh dibeli di farmasi.
Lumurkan keseluruhan kepala dan rambut dengan syampo ini dan biarkan selama setengah jam. Kutu-kutu akan mati. Seterusnya bilas dan sapu minyak pada rambut. Segera sikat rambut anak dan anda dapat lihat kutu yang mati jatuh dari rambut. Ulangi proses syampo rambut pada hari ketiga kerana syampo ini hanya mampu membunuh kutu hidup namun tidak mampu memusnahkan telur kutu.
No comments:
Post a Comment