10 Petua Untuk Kulit Cantik Secara Semulajadi

Siapa taknak cantik kan? Kecantikan dan wanita memang tak boleh dipisahkan. Cantik itu juga sangat subjektif. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang kecantikan.

Ada yang anggap orang berkulit putih itu cantik, tidak kurang juga yang menganggap si hitam manis itu sangat menawan. Termasuk juga saiz badan. Ada yang suka kepada yang berbadan gempal dan ada yang mengidamkan badan ramping bak kerengga.

Kecantikan itu akan memberi keyakinan kepada si pemiliknya. Oleh itu anda harus tahu di mana kecantikan diri anda supaya anda tidak merasa kurang. Kerana setiap insan itu ada kecantikannya yang tersendiri. Yang penting di sini ialah kekemasan dan kebersihan diri.


Ok jom kita tengok antara 10 petua kecantikan untuk kulit wajah cantik dan sihat secara semulajadi.


  • Tepuk wajah dengan air suam untuk membuka pori kulit. Kemudian sapukan madu di seluruh muka. Biarkan selama 15-30 minit. Setelah itu, bilas muka dengan air suam. Dan akhir sekali tepuk-tepukkan wajah dengan air dingin untuk menutup kembali pori kulit.
  • Buat masker mengguakan kuning telur. Kuning telur memang kaya sangat dengan nutrien. Sapukan kulit muka dengan kuning telur mentah selama 30 minit kemudian bilas dengan air dingin.
  • Telur putih juga boleh dibuat masker untuk menggalkan sel kulit mati dan juga whitehead serta blackhead. Caranya adalah dengan menyapu putih telur ke seluruh wajah. Biar sehingga kering kemudian tarik lapisan putih telur yang telah kering mulai dari bawah dagu dan naik sehingga ke dahi. Anda akan dapati sel kulit mati dan whitehead juga blackhead melekat di putih telur.
  • Seterusnya rawatan menggunakan anggur. Belah anggur kepada dua bahagian, kemudian gosok anggur ke seluruh wajah. ini bagus untuk meremajakan kulit.
  • Masker menggunakan pisang yang cukup masak. Lenyek pisang sehingga hancur kemudian sapukan ke seluruh wajah 15 hingga 30 minit.
  • Ni yang selalu saya buat. Sapu yogurt mentah atau tairu ke seluruh wajah. Biar selama 15-30 minit. Kemudian bilas dengan air dingin.

  • Bagi yang mempunyai bibir kering, oleskan minyak zaitun ke seluruh bibir pada setiap hari untuk mendapat bibir yang sihat dan lembab.

  • Untuk mendapat kulit yang muda remaja, oleskan ovacado yang telah dilenyek ke seluruh muka untuk dijadikan masker.
  • Sapukan susu segar ke seluruh kulit dengan mencelupkan kapas ke dlam susu. Susu mampu mencerahkan wajah. kemudian bilas dengan air. Sya guna ESP Shaklee je untuk masker. Memang lembut halus mulus jadi kulit.

  • Baking soda bukan sahaja digunakan untuk membuat kek. Ia boleh juga dijadikan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati. Campurkan baking soda dengan air untuk menjadika pes kemudian gosok perlahan ke kulit wajah. cuci dengan air sehingga bersih.

Selamat mecuba semua!

 Kalau nak beli supplement Shaklee untuk kulit cantik dan sihat boleh hubungi saya.                        Lia 018-5776940. Boleh bincang dengan saya supplement yang sesuai dan sesuai dengan bajet anda.


Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui poslaju. COD Ipoh di Medan Gopeng

No comments:

Post a Comment