Petua Dan Doa Untuk Mendapat Anak



Assalamualaikum,

Pasti ramai di luar sana yang masih belum dikurniakan zuriat walaupun telah lama mendirikan rumahtangga. Anda jangan risau atau malu. Semua ini adalah ketentuan Allah. Mungkin ini adalah salah satu bentuk ujian atau dugaan dariNya. Mungkin juga ada hika di sebalik semua ini seperti keadan kesihatan atau kehidupan yang masih belum stabil dan sebagainya.


Namun kita sebagai hambaNya perlu sentiasa berusha serta berdoa supaya dikurniakan zuriat sebagai penyambung waris keluarga juga sebagai penambah keharmonian rumahtangga. Tugas untuk berusaha dn berdoa ini bukan sahaja terletak di bahu isteri semata. Suami juga sentisa perlu mencari jalan, petua serta perlu sentiasa berdoa supaya dibukakan pintu rezeki untuk menimang cahaya mata.


Di bawah ini ada saya sertakan beberapa petua serta doa yang boleh diamalkan untuk kesuburan. 


Doa Kesuburan :



Sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)
. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89).

 Maksudnya :
 Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)
Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)

 Maksudnya :
 Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a 
permohonan."

Keterangan ayat:


Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun.



Khasiat dan kaifiat beramal:


Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah SWT, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu.
6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Di bawah ini pula adalah antara petua yang boleh diamalkan.
Perbanyakkan makan buah berikut  : 
Badam (almond) 5 Biji tiap hari. 
Buah Delima 
Buah Zaitun 
Buah Kurma
 
Jauhkan dan elakkan makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas serta makanan yang berasid seperti jeruk buah-buahan, Kurangkan makanan seafood. Banyak makan sayur dan buahan. Suami perlu banyak makan daging, ayam. Elakkan minum air kelapa.



No comments:

Post a Comment