Tatacara memandikan 'bayi muda' (umur 1- 40 hari) oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus
Dalam tempoh ini, kaedah mandian amat memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
Bayi
perlu dimandikan pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut,
fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
Air perlu dalam kadar suam-suam sejuk.
Siraman
pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan,
kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian
punggungnya.
Belaian dan gosokan lembut memainkan
peranan penting semasa mandian, hal ini akan membuatkan aliran darah
bayi tersebut lancar dan baik. Siraman ini disertakan dengan sapuan
sabun atau gel mandian yang sesuai.
Seterusnya
disiramkan dari belakang ke sehingga ke kepala. Siraman ke kepala secara
perlahan-lahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang
telinga.
Semasa menyiramkan air ke dari belakang
kepala ke bahagian dahi hadapan, tangan yang digunakan untuk menggosok
siap sedia di dahi, adalah AMAT DIGALAKKAN, bapa yang memandikan anak
tersebut sambil menggosok di dalam hati berzikir Ya Lathif, Ya Hadi.
Pastikan
siraman tidak dilakukan ke muka bayi tersebut, kerana boleh melemaskan
bayi muda tersebut dan mengundang kelembapan pada lubang hidung bayi
tersebut yang boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman.
Siraman
seterusnya dan yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya terus
ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada tubuh bahagian hadapan
pada bayi peringkat umur ini, kerana membimbangkan kelembapan air sabun
pada bekas potongan tali pusat akan melambatkan proses 'luruh' tali
pusat.
Selesai mandian, bayi tersebut perlu dilapkan dengan kain tuala yang bersih sebaiknya daripada kapas (cotton).
Sapuan
perlu bermula dari kepala, kerana lewatnya mengelap kelembapan air di
kepala dan ubun-ubun bayi tersebut boleh mengundang kepada masalah
lemahnya paru-paru.
Sebaiknya, semua ini dilakukan oleh BAPA kepada bayi tersebut.
Lia
Pengedar Sah Shaklee Ipoh
No comments:
Post a Comment