Cara Teran Yang Betul Supaya Mudah Bersalin

Assalamualaikum.  Anda yang baca entry saya kali ni mesti sedang hamil atau sedang menunggu masa nak bersalin kan. Kalau tak hamil pun boleh baca juga entry saya ni untuk tambah ilmu.

Kali ni saya nak share cara teran yang betul supaya senang bersalin
Ramai yang salah meneran ketika di dalam Labor Room. Teknik meneran yang tidak betul akan melambatkan proses bayi keluar dan meletihkan ibu.  Kalau betul tekniknya, sekali teran je bayi dah keluar.  Best x? Saya kongsi cara teran yang betul ni berdasarkan pengalaman saya sendiri melahirkan 3 orang anak secara normal. Anak ketiga saya Alhamdulillah dilahirkan tanpa perlu saya menjalani sebarang proses jahitan.






Tips No 1
Duduk secara menegak 45°. Elakkan berbaring kerana baring menyukarkan proses untuk meneran.  Duduk di atas katil macam gambar di bawah ni.  Kalau katil anda tidak boleh ditegakkan,  letakkan bantal di belakang badan supaya anda boleh bersandar pada bantal.


Tips No 2
Letakkan dagu di bahagian dada anda.  Ini bermaksud muka anda akan menunduk sedikit sehingga dagu anda menyentuh dada.


Tips No 3
Pegang pergelangan kaki anda dan tarik kaki anda serapat-rapatnya sehingga ke peha anda.  Cara ini untuk mengelakkan anda mengangkat punggung ketika teran sekligus menyebabkan koyakan besar.

Tips No 4
Pandang tepat ke perut anda. Pastikan semasa meneran, mata anda memandang tepat ke perut anda.


Tips No 5
Semasa sakit kontraksi hampir datang,  tarik nafas sedalam-dalamnya.

Tips No 6
Ketika kontraksi sampai kemuncak,  teran seperti hendak buang air buang air besar selama yang boleh sambil curi nafas sikit-sikit melalui hidung. Teran dan jangan berhenti selagi doktor atau bidan suruh anda teran. Masa ni memang kena kuat semangat dan fokus sekuat hati.



Kalau anda ikut teknik di atas,  insyaAllah dalam dua kali teran bayi anda akan keluar.  Kenapa dua kali?  Berdasarkan pengalaman saya,  teran yang pertama akan mengeluarkan kepala bayi dan teran yang kedua pula untuk mengeluarkan bahu dan badan bayi keseluruhannya.

Jadi anda bolehlah mula praktis tips-tips di atas supaya nanti di Labor Room tak rasa kekok untuk duduk seperti posisi di atas.

Untuk sebarang pembelian Set Bersalin Shaklee anda boleh hubungi saya Lia di :


Whats App : 018-5776940
COD : Medan Gopeng,  Ipoh

No comments:

Post a Comment