Makanan Pejal Pertama Bayi

Bayi dah boleh diberi makan makanan pejal apabila telah menjangkau umur 6 bulan. Namun ada juga sesetengah ibu mula dah mula memberi bayi mereka makanan pejal ketika umur 4 bulan. 


Sebelum mula beri bayi makanan pejal, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira :

  1. Bayi sudah boleh duduk jika dibantu. Iaitu badan bayi sudah tegap dan boleh didudukkan dengan bantuan.
  2. Berat badan bayi sudah mencapai dua kali ganda dari berat ketika dilahirkan.
Makanan pejal ketiga-tiga anak saya adalah berbentuk puree yang dibuat sendiri dan saya akan mengelakkan dari memberi nestum kepada bayi saya. 

Nestum ibarat makanan segera yang telah diproses. Kita tidak tahu dengan tepat kandungan dan cara pemprosesannya. Dikhuatiri juga kandungan bahan pengawet serta gula dan garam didalamnya. Seelok-eloknya elakkan garam dan gula kepada bayi sehingga umur 1 tahun.

Apa itu puree. Puree adalah makanan bayi yang berbentuk separa pepejal. Puree boleh dibuat dari sayur atau buah-buahan. Di sini saya akan berkongsi puree untuk bayi berumur 6 bulan. Iaitu makanan pejal pertam bayi.

Saya mulakan makanan pejal bayi saya, Madeena Zulkifli dengan puree avocado.
Buah avocado tak perlu di masak. Cukup dilenyek dan ditapis. Campurkan dengan susu badan atau susu formula untuk mencairkannya.

Pastikan akan ikut 4 day rules. Iaitu memberi makanan yang sama selama 4 hari brturutan. Ini bertujuan untuk melihat reaksi alergik makanan tersebut kepada bayi.

Saya mulakan degan memberi sebanyak 1oz avocado yang telah di campur susu badan sehari sekali. 

Anda boleh berhenti menyuap bayi jika bayi menolak suapan anda atau menunjukkan reaksi seperti tidak mahu makan lagi. Tidak perlu memaksa bayi menghabiskan makanannya. Setiap keperluan makanan bayi adalah berbeza. Perlu diingat sumber utama makanan bayi sehingga 2 tahun adalah susu.

Di bawah adalah contoh senarai puree untuk bayi 6 bulan ke atas :

Puree buah pear. Tak perlu masa pear. Hanya lenyek dan tapis.

Puree labu. Rebus labu dengan sedikit bawang putih untuk membuang angin. Lenyek dan tapis.

Puree pisang. Boleh terus dilenyek atau dibakar sedikit.

Puree keledek. Rebus dengan sedikit halia atau bawang putih. Lenyek dan tapis.

Puree zucchini atau timun jepun. Buangkan kulit zucchini dan blender serta tapis.

Puree kacang pis. Rebus kacang peas dan blender.


Puree buah peach. Tak perlu masak. Hanya lenyek dan tapis.

Puree epal. Kupas kulit epal dan rebus. Blender dan tapiskan.


Jika bayi anda telah melalui 4 days rules untuk beberapa jenis puree, anda boleh mencampurkan puree-puree tersebut untuk rasa yang berbeza.

Contoh : 
Puree pear + avocado
Puree zucchini + peach
Puree pisang + peas

Pastikan perkakasan yang digunakan adalah bersih dan telah disteril.

Selamat mencuba ye mommies!

No comments:

Post a Comment