Petua Kempis Perut Lepas Bersalin Cara Tradisional

Sekarang saya dah masuk 38minggu. So memang dah start prepare barang-barang untuk berpantang nanti. Antara yang penting of coz la bahagian perut iaitu untuk mengempiskan balik perut yang dah kembang masa hamil.


Cuba bayangkan perut yang membesar sepanjang hamil 9 bulan. Boleh ke nak kempis dan jadi cantik balik seperti sebelum bersalin. Jawapannya of coz boleh ye.. Saya dah hamil untuk anak ketiga. Alhamdulillah perut saya boleh balik ke bentuk asal. Yang penting kena disiplin masa berpantang tu. Jom kita tengok apa yang boleh dibuat sepanjang pantang untuk dapatkan balik bentuk badan yang cantik langsing.

Bahan untuk disapu atas perut :

Jus perahan limau nipis

limau nipis
Kapur

kapur
Kunyit hidup yang ditumbuk lumat

kunyit hidup

Ketiga-tiga bahan di atas disapu di bahagian perut hingga ke bahagian pinggang. Kemudian lapik perut dengan kain nipis (untuk mengelakkan bengkung kotor). Seterusnya ikat bengkung panjang bermula dari bahagian pehe sehingga ke bawah payudara. Pastikan bengkung diikat dengan ketat. Minta bantuan orang lain jika merasakan tidak dapat mengikat dengan cukup ketat.

bengkung panjang yang diikat dari peha sehingga ke bawah payudara

Pemakaian bahan-bahan di atas membantu memecahkan lemak serta mengencangkan kembali kulit perut yang mengendur. Kulit perut mungkin akan menjadi kehitaman akibat kesan dari kepanasan kapur. namun anda tidak perlu risau kerana kesan hitam ini akan hilang sendiri atau dengan menggunakan skrub daripada kulit limau nipis. 

Caranya adalah dengan menggosokkan  kulit limau nipis ke atas kulit badan secara perlahan-lahan semasa mandi. Kulit akan menjadi cerah dan halus dengan penggunaan yang konsisten. Memang terbukti berkesan sebab saya sendiri mengamalkannya. Jimat bukan!

Nak cuba produk Shaklee untuk berpantang nanti? Hubungi saya di  018-5776940.





No comments:

Post a Comment