Shaklee Diet Program



Ingin kekal langsing tanpa ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia? Shaklee boleh membantu.

LANGKAH PERTAMA : DETOx ~HERBALAX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.


LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK ~ LECITHIN / ALFALFA / OMEGAGUARD

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari

LANGKAH KETIGA : CINCH/ESP

MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN ~Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.

Untuk Ibu menyusu, sarankan pengambilan ESP ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.
















TIPS DIET 

(1) Mengambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.

(2) Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.

(3) Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.

(4) WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea.

(5) JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”

(6) Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

(7) AIR KOSONG..25kg bersamaan 1LITER. (berapa berat anda, dan berapa yang anda perlukan air untuk sehari)

(8) Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk n sayur..Bukan tambah nasi yea..

(9) Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits..senang cakap benda berkhasiat la

(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..Ni saya tak ingat penerangannya..(sunah Nabi kan?)


Cara pengambilan Shaklee product
(Bagi pengambilan Omega & Alfalfa)
After Breakfast : 3biji Omega
After Lunch : 1-2 biji Alfalfa

(Bagi pengambilan Lecithin & Alfalfa)
After Breakfast : 2 biji Alfalfa
After Lunch : 3 biji Lecithin
After Dinner : 3 Biji Lecithin

Hujung Minggu (Sabtu malam Ahad ) : 4-5 biji Herblax(Sila minum dalam 500ml air masak selepas mengambil herblax)

# Anda juga perlu mangambil banyak buah untuk lebih cepat nampak kesan.

# Sehari anda perlu minum air masak sebanyak 3-4L, sekiranya kekurangan air masak..anda boleh mengalami sembelit atau sakit tekak. Untuk memudahkan penyukatan air, sila letakkan air masak di dalam Tupperware minum 1.5L atau 2L.

ESP : Max sehari 3 sudu besar, anda boleh bancuh dengan apa – apa jenis air untuk menambah kesedapan air tersebut. Tetapi JANGAN bancuh dengan air panas. Air sejuk tiada masalah. Boleh minum waktu pagi dan sebelum tidur.








No comments:

Post a Comment